subhanallah.. sampai hari ini, saat bunyi jam berdetik
masih belum percaya yang diri sudah diikat seorang insan untuk menjadi isteri buat dirinya
seakan masih dalam mimpi panjang yang belum terjaga
kisah ini. satu rahmat. tanda sayang ALLAH buat diri.
kehadirannya yang tiba-tiba dan mengikat diri dengan indah
seusia aina, ini kali pertama. rasanya indah dalam sebuah ikatan yang direstui.
kerapkali bibir mengucap syukur dengan anugerah ini
#semoga anugerah ini tidak melalaikan
*rewind
"dy minta nak jumpa ayah, rabu ni" kisahnya april 2012.. balik untuk mid-sem
"cuba cakap dengan ayah" mak pandang muka sambil senyum
"takut" tangan rasa menggiggil waktu tu, pegang gelas pun rasa licin
"ayah bagi?" soal aina lagi, ini kali pertama berani cakap pasal lelaki depan mak ayah
"mak tak tao, cuba tanya sendiri" mak bangun.
*stop
siyesly, sebagai anak bongsu yang sangat rapat dengan mak ayah..
ada sebak sewaktu melafazkan bicara tentang kehadirannya untuk berkenalan dengan mak ayah.
selesai cakap dengan mak ayah, masuk bilik dan lafaz syukur dan ada air mata yang menitis
sujud syukur kerana dipermudahkan untuk pertemuan pertama itu.
# always been asked
tak keluar sama-sama dengan tunang bincang pasal majlis?
*senyum* dy kata takkan menghalalkan yang masih haram
pilih cincin tunang macam mana kalau tak pergi sama-sama?
*senyum* mak tunang pilih selepas bagi saiz jari
macam mana kalau nak jumpa dengan tunang?
*muka biasa* mak ayah suruh tunang mai rumah, jumpa depan depa
~jangan halalkan adat yang kekal hukumnya haram~
memang betul.. i'm narrow thinker about relationship