Total Pageviews

Friday, 26 April 2013

feeling ijabqabul *sebak sampai sekarang*



syukur alhamdulillah, sudah empat bulan bergelar zawjah Zulhazmi Abdul Kadir
alhamdulillah, dengan satu pertemuan biasa di hadapan keluarga *flash back setahun lepas*
kami menjadi yang halal setelah empat bulan dikhitbahkan
alhamdulillah *sujud syukur*
mengorak langkah sebagai seorang zawjah sedikit teruji, tergalas nama sang zauj yang taat pada Pencipta
mengatur langkah yang masih sumbang, kadang-kadang rebah, tergelincir dan terpelasok
tapi alhamdulillah, ALLAH kurniakan zauj yang sangat memahami, pendengar yang baik
subhanALLAH.. anak yang baik untuk mak ayah *terima kasih ya ALLAH*
kadang-kadang rasa takut, gentar dan seakan pitam dengan tanggungjawab baru ini
ALLAH Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNYA

bukan sekali, bukan dua kali aina bertanya pada diri sebelum ijabqabul dilafazkan
banyak kali, 'mampukan aku menjadi tulang rusuk kirinya yang baik?'
banyak kali..dan setiap kali itulah pada ALLAH aina lafazkan kegelisahan,
setiap kali juga rasa semakin kuat, makin yakin dengan jodoh dengan zauj
semoga aina akan menjadi penyejuk mata dan hati zauj :D ameen


*Baitul Muslim pada 21/12/12*
Panggilan daripada emak zauj, waktu tu masih tunang sebelum Solat Jumaat
masih tersegar betapa gementarnya lutut terasa, masih terasa sejuknya jemari yang sudah diinaikan.
itu sangat indah untuk dilupakan.
Jam 2 petang, telefon berdering lagi.. abang suruh segera ke masjid.. Akadnikah akan dilaksanakan
Waktu langkah kaki masuk kereta, pegang jemari mak kuat-kuat
Rasa sebak, nak menangis..mula bergenang air mata.
Sampai masjid, pegang tangan kak ipar kuat-kuat..rasa sangat kaku waktu tu.
Cuba senyum semanis mungkin, bina kekuatan dalam diri..
Gentar. Ketar..SubhanALLAH sangat mengasyikkan waktu tu..
Salam dengan kaluarga zauj, kak suruh duduk sebelah dia..
genggam tangan dy erat-erat..
nampak belakang zauj sahaja, dy tengah tekun membaca al-fatihah
Waktu tu dalam kepala mula datang macam-macam :P
'hari ni aq akan jadi isteri dy..tak berapa kenal, macam mana ni?'
ayah pusing muka pandang aina, dy senyum.. tangan zauj di capai
SubhanALLAH *sebak time taip ni*
Waktu juga mak zauj pandang aina, adik-adik dy semua aina nampak..keluarga zauj terjelas kat mata
'mampukah berada dalam kalangan mereka?'
***
"Zulhazmi Bin Abdul Kadir, aku nikahkan dikau dengan anakandaku Ainatul Syahirah Binti Ashaari dengan mas kahwinnya $$$"
---------
"Sah, sah,sah"
waktu tu mulalah sebak tadi nak turun, meronta-ronta nak mengalir laju dari empangan mata
dan waktu yang sangat bermakna tu, dapat capture ayat seorang rakan zaman sekolah
"Tahniah weyh, hang dah jadi bini orang"
*Pulp* Tahan sebak, amik tisu kat tangan kak ipar..
Alhamdulillah.. sekali lafaz, ayah dan mak serahkan amanah ALLAH mereka kepada khalifah yang mereka yakini dan restui..

***
sudah empat bulan bergelar zawjah akhi..
alhamdullillah :D terima kasih atas anugerah ini

alhamdulillah :) resepsi selepas tiga bulan menjadi suami isteri

Tuesday, 23 April 2013

ramai orang cakap..peduli ke x?

*bila zawjah rendah, gambar zauj mesti xpenuh* oh..sekian


assalamualaikum :)
sejak khitbah sampai sekarang,  ramai orang kata muka aina dengan zauj memang nampak seiras..
jadi duk confused sendiri-sendiri kat mana seirasnya kami