terlalu banyak masa yang digunakan untuk melangsaikan amanah sebagai pelajar tahun akhir
subhanALLAH, banyaknya dugaan..terasa diuji setelah bergelar seorang zaujah yang jauh dari zauj.
hanya beberapa masa yang kecil dapat bersua muka, mungkin sebulan dua kali sahaja.
komitmen zauj yang sudah bekerja, kesibukan yang mengekori. sebagai zaujah, harus memahami
beratus kilometer yang menghubungkan kami..
terharunya, ini kasih sayang ALLAH..
sebelum menetapkan hari akadnikah, keluarga bertanya, bersoal :)
"boleh kakak jauh nanti lepas kahwin?", dengan keyakinan yang ada.. mengangguk :)
dia akui selepas khitbah berlangsung beberapa bulan
bila teringat bait itu, terasa sebak..menitis apabila berjauhan..
sebab dia khalifah yang ALLAH cipta penuh kekuatan, tak pernah dengar dia mengeluh
ada sedikit masa sebelum ke hari resepsi kami.. alhamdulillah, setelah beberapa bulan mengatur akhirnya resepsi akan diadakan di Sik. akan memperkenalkan secara official 'menantu Pak Teh Ashaari & Mak Teh Ramblah' setelah BaitulMuslim pada 21 Disember 2012 berlangsung..inshaALLAH
dia seorang zauj,
walaupun kekangan masa yang kurang milik aina untuk menyapa panggilan telefon setiap petang, dia masih menghantar mesej pendek sebagai tanda memehami, "Ya ALLAH, lindungi isteriku dengan kasih sayangMu..ameen". Mesej penuh satu ayat, mungkin biasa pada pembacaannya tetapi sangat bermakna... Sangat sibuk dia, dia menjawab panggilan dan memaklumkan menelefon kembali.mungkin kerana ALLAH kurniakan dia kesabaran yang banyak seperti yang abang tunggalnya ceritakan, dia seperti yang adik-beradiknya selalu kongsikan :) Terima Kasih Ya ALLAH
berusaha untuk menjaga amanah kedua ibu bapa yang baru dia kenali hanya setahun (April 2012), dan amanah ALLAH yang baru dia kenali hanya stahun lebih (Februari 2012). Dia cuba memberikan yang terbaik dan sering mengungkapkan kata-kata semangat.. Mungkin dasarnya dia agak garang dan tegas sewaktu mendidik pelajarnya namun dia sangat berhemah pada keluarga.