Total Pageviews

Sunday, 24 June 2012

dan..pesan makndak


satu-satu hari yang membuatkan aq lebih bersyukur dengan apa yang aq punya
banyak mata yang memandang aq, aq mungkin bukan 'aina' yang dulu
kata makndak, "kakak kena berubah jadi yang lebih baik"
aq selalu persoalkan banyak perkara kenapa dengan aq?
aq tak cukup baik pada agama ke? pada masyarakat dan pada tanggungjawab..
rasanya lebih dari sepuluh kali makndak cakap pasal perkara 'jadi baik'
tapi.. aq dengan cara aq yang lain, tak suka ditegur
banyak kali..dan kadang-kdang aq rasa itu sindiran yang makndak suka buat..
setiap kali, aq bertentang mata dengan makndak.. pasti, dan pasti pakaian aq ditelah 
teguran berterusan, sampai kali bertentang mata dengan makndak..
aq akan cuba tilik pakaian dulu sebelum bersalaman dengan dy
seperti ada yang tak kena dengan diri..
alhamdulillah 2 rabiul'awal 1433, penghijrahan bermula..
aq tengok, mak yang paling hepi dengan perubahan pertama aq
'nur' ataupun 'hidayah' yang aq rasa
pertama kali, makndak seakan teruja dengan cara pembawakan diri aq
aq cuma nak diam, tak mao riuh-riuh macam dulu 
aq takmao cakap banyak macam dulu, kalo boleyh nak senyap mungkin
tp mungkin susah sebab aq manusia yang banyak cakap
aq cuba perlahan-lahan, nak save suara :) 
nak cakap perkara yang berfaedah saja, takmao huha-huha lagi
insyaALLAH..
pembawakan diri aq memang ada yang keliru, kenapa aq macam ni..
macam tu dan sekian-sekian..
keluarga banyak menyokong supaya aq berubah perlahan-lahan
jangan endah cakap orang, nanti aq terjatuh terlantar depan orang 
dan..
mak banyak kata, nasihat bermakna makndak sebab sayangkan aq
sebab takmao aq bawa pengaruh buruk pada adik2
supaya khilaf aq dulu aq buat pengajaran
dunia pentas untuk sayangkan ISLAM dan bukan kebaratan 

~dan.. cerita ini cerita aq~
insyaALLAH, aq akan jadi yang mukminah bukan sahaja muslimah..