alhamdulillah..2 syawal 1433h, sederhana mungkin sukar dijelaskan majlis yang diatur biasa.
kata orang, getar itu perkara biasa dan dilalui oleh gadis yang akan disarungkan cincin oleh bakal mak mertua.
kisahnya, wajah gentar menatap wajah-wajah mereka yang hampir seiras.
satu.dua.tiga.
sukar dijelaskan saat jemari aq dipegang oleh ibu bakal imamku, sekali.senyap
aq rasa suasana terhenti apabila aq didakap oleh tubuh itu. sebak.
yang dapat aq jelaskan, aq bakal meninggalkan zaman bujang dalam sedikit waktu.
perjanjian yang telah diutuskan dengan nada-nada syukur dari ahli keluarga.
apabila bersalaman mesra dengan keluarganya, sedikit rasa kaku cuba dihapus buang..
alhamdulillah, pertemuan kelima menyatukan kami sebagai tunang.
direstui oleh keluarga, senyuman dan sapaan mesra. sujud syukur di lewat petang.
aq menangis. terharu dengan jodoh yang ALLAH aturkan buatku.
seorang jejaka yang jarak usia empat tahun lebih tua dariku, wajahnya menggamit rasa mesra dalam ahli keluarga.
menyukai dy pada pandangan pertama, senyum saat wajahnya bersua keluarga setelah majlis selesai.
dy bakal imamku. aq tatapnya lama.
keramahannya dan kesungguhannya membuatkan aq selesa untuk menjadi yang halal buatnya.
aq mula mengenal erti kewajaran Islam mengajar 'cinta selepas kahwin'..
sederhana kami berta'aruf sehingga kami diikat sebelum ijabqabul dilafazkan.
banyak yang dibatasi, tanpa pertemuan yang melibatkan kami.
diatur di hadapan keluarga, kami diikat agar hubungan lebih utuh.
semoga pertunangan ini menzahirkan cinta kami kepada ALLAH