katanya, 'saya risik awak sendiri.'
~tersegar dalam ingatan~
kisahnya bulan april 2012
petang rabu.suasana susah nak gambarkan,tangan sendiri rasa berpeluh
pegang gajet putih itu tanpa letak merata-rata.
rumah itu mula dipenuhi keluarga.
beberapa persiapan dibuat, hanya satu pertemuan yang biasa.
iya, tanpa perancangan. dia akan menjejak kaki ke rumah ini
gentarnya terjelas di wajah.risau terhadap penerimaan diri.
pukul 3.30 petang, kali ini..setelah hanya berhubung di telefon..akan bersua muka
buat pertama kali.
~pejam mata~
di risik sendiri oleh en.hati adalah perkara diluar minda fikiran
iya itu pertemuan biasa sahaja, namun dia membawa hajat :)
*alhamdulillah*
kalau orang lain dirisik dengan sebentuk cincin namun
en.hati merisik aina dengan sesuatu yang berbeza
dua buah buku motivasi yang masih dalam simpanan
selesai bacaan setelah seminggu pertemuan itu berlangsung
risikan itu bukannya meletakkan tanda?
'risikan itu ingin mengetahui sudah berpunya atau tidak'
dan risikan ini diterima keluarga sebelum khitbah berlangsung :)
dan sujud syukur dilewat petang selepas pertemuan pertama
buku yang diserahkan melalui adik sepupu itu banyak info yang boleh digunakan
cara untuk berkomunikasi secara berkesan antara lelaki dan wanita
dengan sedikit penjanaan idea yang ada..
alhamdulillah, buku ini banyak membantu komunikasi kami
~doakan yang terbaik buat ikatan ini..ameen~
#letak lagu favourite en.zulhazmi abdul kadir#