dengan izin ALLAH, langkah pertama untuk diikat menjadi yang halal buatnya bermula.
Kursus Pra Perkahwinan yang didaftar dengan keadaan tergesa,
pertolongan seorang teman agar nama dimasukkan sekali untuk dua hari
tanpa rehat untuk minggu ini..
Sijil Kuning Air dengan cop Negeri Selangor berada dalam genggaman pada jam 4.10 petang
alhamdulillah..
perbincangan yang sederhana, dengan tanpa sedar
en.hati juga mengikuti Kursus Pra Perkahwinan pada hari yang sama
tetapi dia di Kedah :)
*jauh berjarak*
Komitmen untuk urusan ini bermula, derap langkah perlahan
telefon dilewat petang..dua hari lepas :)
alhamdulillah, dengan perbincangan antara dua belah pihak bersepakat
tarikh sudah ditetapkan
kalau mengira dengan jari banyak rasanya
tetapi bila ditanda dikalender, gentarnya ALLAH sahaja yang mengetahui
untuk menghalalkan perasaan kasih sayang antara kami.
satu-satu pesan dan rasanya masih banyak perkara yang perlu dilunasi seiring dengan majlis ijab dan qabul yang bakal berlangsung.
*back to Pejabat Agama Islam daerah Gombak (cawangan Kuang)
dua kawan baru |
tentatif program yang tak terusik pen |
hari pertama bermula, dengan langkah perlahan. wajah sejuk pucat diawal pagi
satu sapaan mesra buat aina, anggukan dan di situ kami mula berteman
slot 1 hingga berjalan lancar walaupun ada gangguan teknikal..
alhamdulillah, pesanan dan dorongan oleh ustaz-ustaz agar peserta menyiapkan diri
bijak mengawal emosi setelah berumah tangga
tip-tip dikutip dengan catatan nota
slot 4 sebelum berakhir untuk hari pertama kursus *badan penat*
panggilan lewat petang oleh en.hati setelah dia selesai kursus untuk hari pertama
pertukaran info antara kami.
buku nota tercoret banyak tip |
menulis agar tidak mengantuk |
*hari kedua*
mesej diawal pagi dari kawan semalam, dua hari berkursus
hadir tiga orang kawan dengan kisah masing-masing
menitip hari yang bakal menjelma, usik-mengusik sewaktu masa rehat
wajah memerah.
meletakkan harapan untuk sebuah perkahwinan yang bakal berlangsung dalam beberapa tempoh lagi
gentar sendiri
usikan mereka buat diri sendiri, diam senyum dan alhamdulillah
lewat 4.00 petang, kursus selesai
peluk cium sebelum meninggal bangunan itu,
~Selamat Pengantin baru, kawan~
FIRST STEP : DONE
next step : HIV test
then ... borang nikah
then.. submit di Pejabat Agama
(checklist : muka blur)
Ya ALLAH, permudahkan urusan pernikahan antara dua hati, Zulhazmi Abdul Kadir dan Ainatul Syahirah Ashaari agar menjadi satu untuk mengejar syurgaMU..