Total Pageviews

Tuesday, 4 September 2012

ta'aruf..apa itu?

alhamdulillah.hari ini aina masih bernafas.
"nak tengok gambar tunang aina, boleh tak?"
sendiri belek handfon di tangan, wajah itu ditatap. digital
ada aina letak gambar en.tunang a.k.a hati dalam post lepas tapi dah padam
aina menghormati permintaan keluarga, en.hati orangnya pendiam
aina banyak berceloteh, banyak cerita dan banyak huha-huha..
sampai detik ni, satu kesyukuran aina panjatkan.
kami selesa dengan cara masing-masing mentafsirkan hubungan.
biar berbatas sebaik mungkin.telefon, itu gajet yang kami gunakan.
enam kali bersua muka. hanya atas urusan penting sahaja.
pertemuan keenam, en.hati outstation, singgah di rumah mak saudara.
kami bersua muka tapi tiada bicara, senyum sahaja. dia tunduk wajah.
itu tunang. bakal suami. insyaALLAH jejaka yang akan mengimamkan solat dan nakhoda keluarga.
dia biasa.sederhana pada gayanya tapi senyuman itu yang mengikat aina.
gaya dia ucapkan perasaan yang dy rasakan. manis dengan gaya yang sederhana.
en.hati mencintai ALLAH melebihi aina, itu kesyukuran yang aina panjatkan.
tak perlu berebut, rasa cemburu yang bukan-bukan walaupun jarak kami terlalu memisahkan.
jarak ini yang menjaga ikatan khitbah yang terbina. kepercayaan.

bila adik tanya,"ta'aruf tu apa?"
niatnya explain simple-simple supaya dy dapat pick-up tapi dy banyak bersoal.
ta'aruf, perkataan itu aina dapat masa first day msg dengan en.hati.
perkenalan yang dibatasi dengan agama. banyak yang cakap, boleyh ke terus tunang tanpa kenal betul-betul?
hanya mampu senyum.istikharah. itu jawapan jodoh.
masa en.hati melamar tak officially, dari fon call
"ainatul syahirah ashaari,sudi tak awak jadi isteri saya?"
waktu tu baru sebulan kenal, tak pernah jumpa langsung. hanya mesej.terus dapat lamaran dari fon call. senyap dan sedar yang ada air mata yang menitis. terharu.
dua bulan lepas kenal, en.hati minta nak jumpa makayah..
first time tengok dy masuk dalam rumah.diam.family suruh hidangkan air.gugup.
nak tengok real, kena jumpa depan-depan. kaki langkah perlahan.
itu.dia. berbicara dengan keluarga.ada wajah gentar tetapi niatnya terlafaz.
"raya nanti saya berhajat bawa keluarga kenal aina."
bila ayah angguk, bapa saudara setuju. dah rasa tanggungjawab waktu itu.
perlahan-lahan kami kenal hati budi, cara hidup, tafsir latar belakang, kongsi kegemaran, cakap pasal isu semasa...setiap kali rasa risau.DIA yang mengetahui segalanya tempat kami berkongsi cerita.
ALLAH yang menemukan kami dengan cara yang istimewa.
mengikat kami dengan cara yang indah

tanggungjawab itu terletak pada kemampuan.mintalah dan DIA mengetahui yang sebaiknya 

No comments: