Total Pageviews

Sunday 24 June 2012

dan..pesan makndak


satu-satu hari yang membuatkan aq lebih bersyukur dengan apa yang aq punya
banyak mata yang memandang aq, aq mungkin bukan 'aina' yang dulu
kata makndak, "kakak kena berubah jadi yang lebih baik"
aq selalu persoalkan banyak perkara kenapa dengan aq?
aq tak cukup baik pada agama ke? pada masyarakat dan pada tanggungjawab..
rasanya lebih dari sepuluh kali makndak cakap pasal perkara 'jadi baik'
tapi.. aq dengan cara aq yang lain, tak suka ditegur
banyak kali..dan kadang-kdang aq rasa itu sindiran yang makndak suka buat..
setiap kali, aq bertentang mata dengan makndak.. pasti, dan pasti pakaian aq ditelah 
teguran berterusan, sampai kali bertentang mata dengan makndak..
aq akan cuba tilik pakaian dulu sebelum bersalaman dengan dy
seperti ada yang tak kena dengan diri..
alhamdulillah 2 rabiul'awal 1433, penghijrahan bermula..
aq tengok, mak yang paling hepi dengan perubahan pertama aq
'nur' ataupun 'hidayah' yang aq rasa
pertama kali, makndak seakan teruja dengan cara pembawakan diri aq
aq cuma nak diam, tak mao riuh-riuh macam dulu 
aq takmao cakap banyak macam dulu, kalo boleyh nak senyap mungkin
tp mungkin susah sebab aq manusia yang banyak cakap
aq cuba perlahan-lahan, nak save suara :) 
nak cakap perkara yang berfaedah saja, takmao huha-huha lagi
insyaALLAH..
pembawakan diri aq memang ada yang keliru, kenapa aq macam ni..
macam tu dan sekian-sekian..
keluarga banyak menyokong supaya aq berubah perlahan-lahan
jangan endah cakap orang, nanti aq terjatuh terlantar depan orang 
dan..
mak banyak kata, nasihat bermakna makndak sebab sayangkan aq
sebab takmao aq bawa pengaruh buruk pada adik2
supaya khilaf aq dulu aq buat pengajaran
dunia pentas untuk sayangkan ISLAM dan bukan kebaratan 

~dan.. cerita ini cerita aq~
insyaALLAH, aq akan jadi yang mukminah bukan sahaja muslimah..

Saturday 23 June 2012

cerita kita


mencatat hari. menghitung detik dan insyaALLAH mengukir kisah kita.

dalam derap... alhamdulillah 138 hari mengenali kamu secara tiba-tiba
mengatur satu-satu perancangan dengan bantuan keluarga dan sahabat
harap lengkap dengan nada seadanya..
nada biasa, ringkas, sederhana dan lengkap seadannya kemampuan kita..
"cintai kamu kerana ALLAH"
ungkapan yang tersurat perlahan dengan pertemuan di hadapan keluarga
terlalu istimewa untuk dijelaskan dengan perasaan
terkedu.terdiam.terkaku
bibirnya seakan diam bernada, satu senyuman biasa
itu pertemuan pertama di hadapan keluarga.
'ini mungkin jodoh adik'
itu ungkapan emak, perlahan dan tersenyum
dan kamu
sentiasa melindungi dengan batasan agama
tiada berjumpa, berta'aruf untuk berkenalan aq
menjaga susila semampu mungkin
adab pergaulan yang kamu batasi
agar hubungan dipelihara ALLAH
semoga perhubungan mendapat barakah

semua pertemuan kita, iya sehingga yang ketiga
di hadapan keluarga,
satu yang aq pasti ketulusan kamu dalam menyampaikan hasrat hati
keikhlasan menerima aq yang biasa seadanya dengan rahmat Ilahi
insyaALLAH, hingga ke Jannah hubungan kita

note : insyaALLAH, pertemuan kesepuluh akan menyatukan kita sebagai yang halal

Friday 22 June 2012

insyaALLAH


kalau memijak satu-satu kenangan..
dan
aq bersyukur dengan apa yang aq punya sekarang
emm..
i'm not da perfect one but surely you can complete me :)

assalamualaikum

salam tinta..
agak lama tak menaip buat jemari rasa kaku nak menyusun ayat.
bye-bye blog lama..
dan helo-helo blog baru..
insyaALLAH ditadbir lebih baik dan selesa
tanpa sebarang gangguan yang tidak menyenangkan..

post lama-lama yang dirasakan berguna akan di copy paste semula