Total Pageviews

Saturday 30 March 2013

dia seorang zauj, pemilik tulang rusuk kiri

barakallah..usia perkahwinan telah mencecah ke bulan ketiga..
terlalu banyak masa yang digunakan untuk melangsaikan amanah sebagai pelajar tahun akhir
subhanALLAH, banyaknya dugaan..terasa diuji setelah bergelar seorang zaujah yang jauh dari zauj.
hanya beberapa masa yang kecil dapat bersua muka, mungkin sebulan dua kali sahaja.
komitmen zauj yang sudah bekerja, kesibukan yang mengekori. sebagai zaujah, harus memahami
beratus kilometer yang menghubungkan kami..
terharunya, ini kasih sayang ALLAH..
sebelum menetapkan hari akadnikah, keluarga bertanya, bersoal :)
"boleh kakak jauh nanti lepas kahwin?", dengan keyakinan yang ada.. mengangguk :)
zauj pernah menjawab, "redha saya aina habiskan belajar selepas jadi isteri saya"
dia akui selepas khitbah berlangsung beberapa bulan
bila teringat bait itu, terasa sebak..menitis apabila berjauhan..
sebab dia khalifah yang ALLAH cipta penuh kekuatan, tak pernah dengar dia mengeluh

ada sedikit masa sebelum ke hari resepsi kami.. alhamdulillah, setelah beberapa bulan mengatur akhirnya resepsi akan diadakan di Sik. akan memperkenalkan secara official 'menantu Pak Teh Ashaari & Mak Teh Ramblah' setelah BaitulMuslim pada 21 Disember 2012 berlangsung..inshaALLAH

dia seorang zauj,
walaupun kekangan masa yang kurang milik aina untuk menyapa panggilan telefon setiap petang, dia masih menghantar mesej pendek sebagai tanda memehami, "Ya ALLAH, lindungi isteriku dengan kasih sayangMu..ameen". Mesej penuh satu ayat, mungkin biasa pada pembacaannya tetapi sangat bermakna... Sangat sibuk dia, dia menjawab panggilan dan memaklumkan menelefon kembali.mungkin kerana ALLAH kurniakan dia kesabaran yang banyak seperti yang abang tunggalnya ceritakan, dia seperti yang adik-beradiknya selalu kongsikan :) Terima Kasih Ya ALLAH
berusaha untuk menjaga amanah kedua ibu bapa yang baru dia kenali hanya setahun (April 2012), dan amanah ALLAH yang baru dia kenali hanya stahun lebih (Februari 2012). Dia cuba memberikan yang terbaik dan sering mengungkapkan kata-kata semangat.. Mungkin dasarnya dia agak garang dan tegas sewaktu mendidik pelajarnya namun dia sangat berhemah pada keluarga.

Friday 8 March 2013

dia.sukar.menjelaskan.kata

gambar hari nikah.. counting da hours *pagi 21 Disember 2012*

bismillahhirohmanirohhim..

beberapa kerat hari yang telah berlalu. hanya secebis rasa yang meletakkan perbezaan. yang menentukan cabaran dan menunding detik. mengisi masa depan. memijak kenangan. mengingati memori.

sejuta satu rasa yang sukar diungkap. dia. hanya seorang gadis yang pernah bersalah pada masa lampau. seorang anak gadis biasa yang galak meneroka dunia. dia seorang insan yang pernah melutut pada nasib yang sakit. dia pernah rebah dengan semua yang dia lalui. dia. mungkin pernah rasa ingin menghapuskan semua perit derita yang pernah hadir pada anak matanya. dia seorang yang banyak belajar pada pengalaman. pada derita yang menyesakkan. namun dia bersyukur. derita itu atu yang menguji keimanannya. dia pernah kalah. pernah melatah. dia bukan seorang yang kuat pada dasarnya. dia takut. dia gentar. namun dia sentiasa beringat. agar kesalahan lalu bukan lagi ulangan masa depan.

beranikan diri menaip "perihal sendiri"

dia belajar matang. dia belajar mengorak langkah dengan panduan dan dorongan. dia mula yakin diri. mungkin dasarnya dia seperti gadis dulu. dia seperti dulu. masih ada nada gentar. dia harus. perlu.mesti. dia bangun kalau dia jatuh dengan bisikan doa yang panjang. dia mungkin kelihatan sendiri. seakan kosong tanpa teman. dia membina hidup baru. pesepsinya banyak berubah. dia bukan keseorangan di kampus, tapi dia harus lebih fokus untuk semester akhhir. agar tiga tahun terbalas. tiga tahun mempunyai nilai. tiga tahun memberi manfaat. dia mahu memberikan sesuatu buat seorang lelaki yang menyapanya dengan kasih. mahu menghadiahkan segulung ijazah buat orang tuanya yang bersusah payah membesarkannya.


barakallah.. kasih sayang ALLAH

walaupun banyak bersoal tentang pilihan yang dia telah buat. dia hanya mampu memberikan senyuman.mampu menadah telinga tanpa banyak soal dan memberikan jawapan yang menyenangkan hati mereka. di usia mentah.dia masih belum matang. bijak mengendalikan hidup. dia dianugerahkan tanggungjawab.,menjadi zaujah seorang daie. seorang insan yang berbeza dengan latar hidupnya. yang pernah dia harapkan dalam doa kunjungan malam. mungkin banyak menolak kenyataan dengan pilihan yang telah dia lakukan. tetapi...dia belajar banyak pada perkataan "pernikahan". dia belajar lebih kuat. lebih bertolak-ansur. lebih bertoleransi. positif.dia sering membayangkan langkahnya sering diikuti sang zauj. agar dia tidak lagi rebah. agar dia tidak alpa. 

her imam. the only zauj
segagal mana yang dia pernah lalui. sejajar sakitnya. peritnya.lukanya. dia bersyukur. dia bersyukur. ALLAH gantikan semua penderitaan dengan kurniaan terhebat. seorang lelaki yang menyapanya dengan huluran tangan setelah ijab qabul selesai. seorang lelaki yang perlu bersabar dengan kelemahan, kekurangan diri. seorang lelaki yang menghormatinya sebagai muslimah. seorang lelaki yang mencintainya kerana ILAHI. seorang lelaki yang sering menyua pertolongan, memberi bantuan, membisikkan doa sebelum lenanya. menghembus ayat-ayat suci di ubun-ubun kepalanya saat dia keresahan. seorang lelaki yang halal buatnya meminjamkan bahu saat dia menghibakan tangisan. seorang lelaki yang banyak bersabar dengannya. 

#subhanALLAH..Ya ALLAH..terima kasih untuk semuanya.untuk kesakitan dan kebahagiaan yang mematangkan.
#dikurniakan daie yang mendidik dengan penuh kesabaran.
#SubhanALLAH, sujud syukur tanda dia terlalu menghargai pemberianMU padanya.

Monday 4 March 2013

my adorable zauj

masa bergerak pantas, angka pernikahan telah menjejak ke 70 hari lebih.
alhamdulillah. nada kesyukuran dilafazkan.
walaupun beratnya dugaan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri yang belajar
dan jauh dari suami, namun.. pasti ada hikmahnya untuk dugaan ini.
satu-satu masa yang ada, diperuntukkan dengan sebaik mungkin
menghabiskan masa sebagai pelajar tahun akhir adalah dugaan.
lapangan masa yang banyak selepas usai kuliah..
deretan assignment yang sudah ada dalam list

doa dan restu zauj terngiang-ngiang..subhanALLAH..
kerinduan sangat pada dia.
titip doa yang dia bisikkan di awal subuh, bisikan doa perlahan
terdengar seakan menyapa.
zauj. anugerah terindah dalam hidup.
kalau siapa pun tanya, bersoal dan menyapa..
zauj adalah anugerah terindah yang ALLAH kurniakan
dia anak yang baik buat mak ayah, adik yg baik bt abang dan kakak.
senyuman dy. penerimaan dy. kasih sayang yang dia berikan
subhanALLAH.. aina sangat terharu