Total Pageviews

Sunday 6 January 2013

bagaimana perasaan menjadi isteri?

assalamualaikum..alhamdulillah pernikahan aina dan zauj telah melepasi minggu kedua
barakallah..subhanALLAH.. kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH..
apabila majlis selesai lewat petang 21 Disember 2012 (Jumaat), air mata menitis laju setelah usai jemaah maghrib dengan zauj
satu perasaan yang sukar digambarkan..subhanALLAH, Maha Suci ALLAH
degupan jantung terasa laju, berdetak kuat apabila menatap sepasang mata zauj
perasaan saat itu adalah..alhamdulillah, setelah 22 tahun.. tercatat indah diri ini diserahkan kepada insan lain untuk dijaga
dengan lafaz ijab oleh ayah dan disambut qabul oleh zauj, terlerai tanggungjawab ayah..berpindah kepada seorang lelaki, khalifah di bumi ALLAH
kesederhanaan dalam pernikahan yang dijanjikan oleh zauj, zuhud pada dunia permintaan aina..
semoga ke JANNAH pernikahan kami..
mengenali zauj selepas pernikahan adalah sesuatu yang baru.
kami diikat dengan cinta pada ILAHI, dengan sederhana berta'aruf dan di'khitbah'kan dalam tempoh singkat
tanpa pertemuan empat mata tanpa kehadiran keluarga, kami disatukan dengan barakah
bagi aina dan zauj, Majlis Kesyukuran yang diadakan adalah masih sederhana..
barakallah.. terima kasih keluarga, impian sederhana yang kami titipkan terlaksana indah



urusan kerja zauj pada 22 Disember 2012 (Sabtu), kami hanya sempat menyapa keluarga sebelah zauj sekadar biasa
dengan langkah gugup menjejak rumah keluarga zauj, terasa dengupan jantung terlalu kuat
alhamdulillah, penerimaan keluarganya adalah mesra walaupun pertama kali menjejak kampung halaman zauj
itu yang terindah,diterima dalam sebuah keluarga yang meriah
alhamdulillah..
pesanan dan kata-kata yang mereka berikan, tersimpan kemas dalam lipatan hati
inshaALLAH, semua itu akan menjadi panduan untuk aina



menginjak ke hari kelima pernikahan kami, aina terpaksa melunasi tanggungjawab sebagai pelajar
menjejak kaki semula ke Selangor, walaupun hati rasa sebak..
perasaan sukar untuk digambarkan saat menyua tangan pada zauj memohon restu
kami diikat dengan halal, perpisahan sementara atas urusan tanggungjawab
perlu gagahkan hati, kuatkan semangat dan kerap berdoa pada ALLAH..
ALLAH yang menjaga zauj, semoga dia kuat..tabah dan semoga aina juga kuat seperti zauj
jujurnya sewaktu bertunang, tidak payah perasaannya..
tidak rindu selepas diijabqabulkan..tidak risau seperti ini..
namun, ini dugaan pernikahan kami..kami gagahkan hati dan juga kuatkan iman
semoga kasihsayang yang tercipta menjadikan kami hambaNYA yang rendah diri.
barakallah..bimbinglah pernikahan kami hingga ke JANNAH

#LOveAfterMarriage
#I'mInLoveWithMyZauj