Total Pageviews

Tuesday 15 July 2014

Disebalik Nama "Nur Irdhina Ezzahra"

Assalamualaikum..

Setiap nama ada cerita, ada makna dan ada nilainya

a happy family - Ezzahra's Family *5month*
Masa mula-mula dulu up nama Ezzahra di FB.. macam-macam reaksi dapat, ada cakap nama anak di cilok dari novel dan drama tv :D
Jujurnya, semasa mengandung Ezzahra tak pernah duduk berbincang secara serius dengan zauj tentang nama anak tapi betul juga kata zauj, "sampai masa nanti, akan ada nama anak". Since aina ni sangatlah excited nak pilih nama anak, zauj layankan juga dengan macam-macam cadangan nama yang aina bagi. Kadang-kadang dy angguk je, iyakan dgn 'hmm'.. 

Sampai settle bersalin, masih tak ada nama anak yang dah decide..Ada pilihan nama yang kami tak settle cari makna dan tanya orang yang lebih berilmu tentang maksudnya.. 
Lepas discharge dengan anak, balik rumah.
Kak kedua zauj tanya, "siapa nama anak menakan baru"
time tu tengok zauj ja, sengih pun ada
zauj jawab "Nur Irdhina Ezzahra Zulhazmi"
dan.
malam tu juga mula operasi cari makna dan rujuk orang yang lebih pakar tentang nama anak

3 month Ezzahra 
Nur - Cahaya
Irdhina - Keredhaan/ Kehormatan Kami
Ezzahra - Bunga

Nur, mungkin pada orang rasanya common , selalu orang letak. Tapi pada pandangan aina dan zauj Nur yang maksudnya cahaya sangat bermakna. Insan yang kami sayang, letak Nur yang mewakili dia memberi cahaya, sinar dan satu anugerah kepada kami. Bukan sebab semua orang letak, kami pun letak. Nur yang kami anggap sangat bermakna sebagai permulaan nama anak.

Irdhina ni nama yang terpandang masa belek-belek buku di Kedai Buku Hasani Landmark Kulim. Siap hafal lagi, dan balik catat dalam buku. Kemungkinan nak letak Irdhina adalah tipis sebab bila aina cerita dengan zauj, dia tak pernah bagi feedback. Nak kata dia iyakan pun tidak, menidakkan pun tidak. Rupanya zauj mula details dan kaji nama Irdhina since aina bagitau, cuma dia buat cool, rileks. 

Masa mula-mula mengandung lagi memang minat nama Zahra..Gayanya nama Zahra tu seorang yang lembut, sopan dan sejuk mata memandang. Since asyek minat, aina catat dalam buku nama tu dan bookmark supaya aina akan rujuk balik. Zahra juga namanya klasik, macam zaman dulu-dulu yang nostagia juga. Aina bincang dengan zauj, should be ok letak 'Az-Zahra * cadangan zauj, yang maksudnya bunga*
Renovates sikit nama 'Az-Zahra' dengan slang arab *lidah arab* , bunyinya "Ez-Zahra". kekonon nanti anak dapat belajar di Bumi Anbia senang kawan-kwannya nak menyapa, "eh, Ezzahra" .. sangat pikir jauh aina ni pun *sengih*

Ezzahra & Ummi *5month*
Zauj daftar nama anak masa hari ketujuh kelahiran dia walaupun kami decide namanya sehari selepas dia lahir. Nama adalah permulaan kasih sayang kami kepada anak, tanda cinta kami kepada dia. Walaupun pernah orang pertikai maksud nama anak, aina dan zauj punya alasan kami namakan permata hati kami dengan secebis nama yang unik dan bermakna.

Ezzahra dah tujuh bulan minggu hadapan, dan dia sangat seiring namanya. Kami selalu redha padanya, dia lambang sekuntum bunga yang mekar dalam hidup kami, dan memberi cahaya supaya kami lebih baik dari dulu.

Assalamualaikum,
Salam Ramadhan
-ummu Ezzahra-


Wednesday 9 July 2014

salam ya Ramadhan

Salam ya Ramadhan..

Ramadhan keluarga Ashaari & Ramblah
Dulu Ramadhan berempat (mak, ayah, abang , aina)
Ramadhan berlima (kak ipar),
Ramadhan berenam (kak ipar dan zauj)

kemudian,

Ramadhan keluarga Ezzahra
Ramadhan berdua,
Ramadhan kali ini bertiga (aina, zauj,ezzahra)
Alhamdulillah.. nikmat apa lagi yang harus dipersoal?

Masa berlalu begitu cepat, bujang, kahwin dan ada anak.. wonderful
Dari buat keputusan tanya pandangan mak ayah,
sekarang buat keputusan dengan zauj,
Dari sahur, mak ayah hidangkan, mak ayah buat keputusan menu berbuka puasa
Sekarang kena duduk, decide dengan zauj menu bersahur dan berbuka
Dari Solat terawih berjemaah di surau kampung ke Dewan Universiti
Sekarang berjemaah Solat Terawih dengan zauj

Banyak yang berubah

Salam ya Ramadhan

aina harap aina bukan aina yang dulu
masih menahan lapar, dan dahaga sahaja
aina harap aina mampu menahan lebih banyak perkara
menahan lapar, dahaga, amarah, mulut, telinga, dan mata
subhanaALLAH
terima kasih atas nikmat Ramadhan

Cerita raya meniti di bibir juga
Iya, aina insan biasa
agak teruja untuk baju Ezzahra
agak teruja untuk baju zauj
dan agak teruja kami inshaALLAH akan pakai baju yang kami design sendiri


Salam ya Ramadhan