Total Pageviews

Wednesday 26 December 2012

saya Puan Aina :)

barakallahu lakuma 


alhamdulillah, dengan sekali lafaz...aina sah menjadi hak milik en.zulhazmi abdul kadir..subhanALLAH berguguran air mata setelah doa dibacakan.. dengan sedikit perasaan gugup, aina langkah kaki berjumpa zauj setelah majlis selesai.

disitu, di dalam masjid kami diijabqabulkan.. zauj suakan tangannya sambil tersenyum. itu senyuman yang jarang aina dapat tengok, dia senyum lama sebelum aina sambut tangannya dan melafazkan syukur. SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH.. perasaan saat itu sukar diterjemahkan, setelah sepuluh bulan berkenalan dan di'khitbah dalam tempoh empat bulan, family mencapai kata sepakat untuk menyatukan kami sebagai suami isteri. Dengan kerendahan hati terhadap Maha Esa, aina pohon setelah kami berta'aruf hanya sembilan pertemuan dibenarkan..alhamdulillah sepanjang khitbah hanya empat kali bersua muka.. selebihnya lima kali adalah sepanjang kami berta'aruf.. jumlahnya sembilan, aina katakan pada zauj saat kami telah di'khitbah'kan "pertemuan kesepuluh, saya mahu jumpa awak sebagai yang halal"..alhamdulillah ALLAH memberi bantuan sepanjang tempoh kami berkenalan.

gugup menyambut tangan zauj buat kali pertama dan mata bertaut. "ini suami aina", aina terasa jantung berdegup kuat dan rasa sebak saat itu. Perkahwinan kami direncana baik krologinya oleh Maha Suci ALLAH, disusun atur tanpa fitnah dunia.. tanpa dating-dating, holding-holding, dan  coupling-coupling.. Kami memilih untuk bercinta selepas nikah.. ♥ Zauj amat teliti dengan perjanjian yang kami lafazkan, pertemuan hanya dibenarkan di hadapan keluarga sahaja namun kami mula berbincang tentang persiapan ijabqabul sebulan selepas kami di'khitbah'kan.. Susulan perbinncangan kami adalah di awasi keluarga.. alhamdulillah..


ramai yang menyokong keputusan dan mendoakan perjalanan kisah kami..alhamdulillah, secara jujurnya.. hargai bakal suami/ isteri anda dengan meletakkan syariat.. letakkan syariat sejajar perkara yang ALLAH nyatakan, ikut jalan baik-baik..dan inshaALLAH, manisnya dapat keluar date dengan suami/isteri sendiri ♥