Total Pageviews

Sunday 30 September 2012

langkah.pertama

alhamdulillah..
dengan izin ALLAH, langkah pertama untuk diikat menjadi yang halal buatnya bermula.
Kursus Pra Perkahwinan yang didaftar dengan keadaan tergesa,
pertolongan seorang teman agar nama dimasukkan sekali untuk dua hari
tanpa rehat untuk minggu ini..
Sijil Kuning Air dengan cop Negeri Selangor berada dalam genggaman pada jam 4.10 petang
alhamdulillah..

perbincangan yang sederhana, dengan tanpa sedar
en.hati juga mengikuti Kursus Pra Perkahwinan pada hari yang sama
tetapi dia di Kedah :)
*jauh berjarak*
Komitmen untuk urusan ini bermula, derap langkah perlahan
telefon dilewat petang..dua hari lepas :)
alhamdulillah, dengan perbincangan antara dua belah pihak bersepakat
tarikh sudah ditetapkan
kalau mengira dengan jari banyak rasanya
tetapi bila ditanda dikalender, gentarnya ALLAH sahaja yang mengetahui
untuk menghalalkan perasaan kasih sayang antara kami.
satu-satu pesan dan rasanya masih banyak perkara yang perlu dilunasi seiring dengan majlis ijab dan qabul yang bakal berlangsung.

*back to Pejabat Agama Islam daerah Gombak (cawangan Kuang)

dua kawan baru

tentatif program yang tak terusik pen

hari pertama bermula, dengan langkah perlahan. wajah sejuk pucat diawal pagi
satu sapaan mesra buat aina, anggukan dan di situ kami mula berteman
slot 1 hingga berjalan lancar walaupun ada gangguan teknikal..
alhamdulillah, pesanan dan dorongan oleh ustaz-ustaz agar peserta menyiapkan diri
bijak mengawal emosi setelah berumah tangga
tip-tip dikutip dengan catatan nota
slot 4 sebelum berakhir untuk hari pertama kursus *badan penat*
panggilan lewat petang oleh en.hati setelah dia selesai kursus untuk hari pertama
pertukaran info antara kami.

buku nota tercoret banyak tip

menulis agar tidak mengantuk
*hari kedua*
mesej diawal pagi dari kawan semalam, dua hari berkursus
hadir tiga orang kawan dengan kisah masing-masing
menitip hari yang bakal menjelma, usik-mengusik sewaktu masa rehat 
wajah memerah.
meletakkan harapan untuk sebuah perkahwinan yang bakal berlangsung dalam beberapa tempoh lagi
gentar sendiri
usikan mereka buat diri sendiri, diam senyum dan alhamdulillah
lewat 4.00 petang, kursus selesai
peluk cium sebelum meninggal bangunan itu,
~Selamat Pengantin baru, kawan~

FIRST STEP : DONE

next step : HIV test

then ... borang nikah

then.. submit di Pejabat Agama

(checklist : muka blur)

Ya ALLAH, permudahkan urusan pernikahan antara dua hati, Zulhazmi Abdul Kadir dan Ainatul Syahirah Ashaari agar menjadi satu untuk mengejar syurgaMU..

Saturday 22 September 2012

howLIFE?

#aku#

menjejak kaki di awal pagi 3 september 2012 ke suasana baru.
helaan nafas berat setelah menyalami abang..gentar terlukis di wajah.
satu senyuman menyapa di awal pagi.
'awak orang baru ya?' tanya kakak berbaju merah, dia tersenyum
'saya praktikal kat sini, hari ni lapor diri,' aku tersenyum 
'sekarang Perhimpunan Bulanan, awak tunggu kat dalam ya?' soalannya mesra.
'ya.' kaki melangkah kaku, sumbang. risau. 
bagaimana penerimaan aku disini, atmosfera yang sedikit serius aku rasakan
'ainatul?' soal seorang wanita, berbaju hijau.. tag di tudungnya terjelas nama 'Rosnah'
'ya saya.' aku bangun menyalami dirinya, dia tersenyum.
'saya bawa awak jumpa Pengarah ya?' soalnya sambil mengukir senyuman.
'baik Puan.' aku mengaku.

sebelum bertemu Pengarah Penjara Sungai Buloh, aku dikenalkan kepada staff di situ.
sapaan yang berbeza, ada yang dipanggil Tuan, Puan, CC, dan Kakak.
aku sedikit keliru.
pertemuan dengan Pengarah sedikit mengugupkan diri, rasanya wajah waktu itu sangat pucat.
'Tuan, ini pelajar praktikal..Ainatul Syahirah Ashaari,' Tutur Puan Rosnah sambil matanya meneliti surat di tangan. Aku berdiri menghadap Pengarah, sebaris senyuman yang sedikit serius. Saat itu gentar terasa penuh, ditemuduga dengan dikelilingi ramai Pengawai di situ, tak silap ada Koperal, Sarjan, Inspektor. 
'Selamat Datang ke Penjara Sungai Buloh.' Tuturnya lengkap. aku mengangguk.
'Kenapa awak nak praktikal kat sini?' Soal beliau, aku kaku.
'Saya nak tahu bagaimana pengurusan di sini dan publisiti di sini,' Jawapan itu singgah dari mana ilhamnya tak dapat aku telahkan, tetapi rasa sempurna.
'Saya akan hantar awak di setiap unit di sini untuk setiap minggu. Boleh?" Soal beliau.
Aku angguk, gentar rasa berkurang.

ini kad akses =) lepas habis intern kena pulangkan balik
menjejak kaki setiap hari ke 'Tembok Besi' sedikit berbeza dengan tanggapan pertama
alhamdulillah, penerimaan dari staff sangat senang.
Sapaan, teguran, nasihat dan juga nada mesra memudahkan aku melangkah di situ.
Protokol terhadap Pengawai Uniform juga aku pelajari.
Susunan jadual yang aku ikuti buat aku bersyukur setiap kali aku melngkah ke unit- unit pengurusan penjara.
Selesa.

"aina, awak tak dapat elaun kat sini. Kasih sayang, boleh?"




Tuesday 4 September 2012

ta'aruf..apa itu?

alhamdulillah.hari ini aina masih bernafas.
"nak tengok gambar tunang aina, boleh tak?"
sendiri belek handfon di tangan, wajah itu ditatap. digital
ada aina letak gambar en.tunang a.k.a hati dalam post lepas tapi dah padam
aina menghormati permintaan keluarga, en.hati orangnya pendiam
aina banyak berceloteh, banyak cerita dan banyak huha-huha..
sampai detik ni, satu kesyukuran aina panjatkan.
kami selesa dengan cara masing-masing mentafsirkan hubungan.
biar berbatas sebaik mungkin.telefon, itu gajet yang kami gunakan.
enam kali bersua muka. hanya atas urusan penting sahaja.
pertemuan keenam, en.hati outstation, singgah di rumah mak saudara.
kami bersua muka tapi tiada bicara, senyum sahaja. dia tunduk wajah.
itu tunang. bakal suami. insyaALLAH jejaka yang akan mengimamkan solat dan nakhoda keluarga.
dia biasa.sederhana pada gayanya tapi senyuman itu yang mengikat aina.
gaya dia ucapkan perasaan yang dy rasakan. manis dengan gaya yang sederhana.
en.hati mencintai ALLAH melebihi aina, itu kesyukuran yang aina panjatkan.
tak perlu berebut, rasa cemburu yang bukan-bukan walaupun jarak kami terlalu memisahkan.
jarak ini yang menjaga ikatan khitbah yang terbina. kepercayaan.

bila adik tanya,"ta'aruf tu apa?"
niatnya explain simple-simple supaya dy dapat pick-up tapi dy banyak bersoal.
ta'aruf, perkataan itu aina dapat masa first day msg dengan en.hati.
perkenalan yang dibatasi dengan agama. banyak yang cakap, boleyh ke terus tunang tanpa kenal betul-betul?
hanya mampu senyum.istikharah. itu jawapan jodoh.
masa en.hati melamar tak officially, dari fon call
"ainatul syahirah ashaari,sudi tak awak jadi isteri saya?"
waktu tu baru sebulan kenal, tak pernah jumpa langsung. hanya mesej.terus dapat lamaran dari fon call. senyap dan sedar yang ada air mata yang menitis. terharu.
dua bulan lepas kenal, en.hati minta nak jumpa makayah..
first time tengok dy masuk dalam rumah.diam.family suruh hidangkan air.gugup.
nak tengok real, kena jumpa depan-depan. kaki langkah perlahan.
itu.dia. berbicara dengan keluarga.ada wajah gentar tetapi niatnya terlafaz.
"raya nanti saya berhajat bawa keluarga kenal aina."
bila ayah angguk, bapa saudara setuju. dah rasa tanggungjawab waktu itu.
perlahan-lahan kami kenal hati budi, cara hidup, tafsir latar belakang, kongsi kegemaran, cakap pasal isu semasa...setiap kali rasa risau.DIA yang mengetahui segalanya tempat kami berkongsi cerita.
ALLAH yang menemukan kami dengan cara yang istimewa.
mengikat kami dengan cara yang indah

tanggungjawab itu terletak pada kemampuan.mintalah dan DIA mengetahui yang sebaiknya 

Saturday 1 September 2012

versi.aina

versi kita. versi dia. dan versi mereka

versi dia dan mereka seakan padam. mahu berubah seakan mengikut pendam dalam. jadi. hanya senyum sorang-sorang

"kalau nak berubah, mengadu pada ALLAH.. minta ALLAH mudahkan jalan untuk menjadi yang lebih baik dan solehah"

"kuatkan azam dan tekadkan hati, walaupun banyak bibir berbicara songsang, jangan patah balik dan buat ideologi lama"

ini versi aina :)


sejak beberapa bulan dengan atmosfera baru, bibir mula pandai mengukir senyuman kembali. hidup rasa sempurna, lengkap dan alhamdulillah rahmat ALLAH yang mendamaikan.

maaf buat sesiapa yang terasa aq bukan yang dulu lagi, gadis yang sudah tidak betah berbicara, bercerita banyak perkara dan selalu hilang dari pandangan mata. aq yakini yang derap langkah aq sedikit sumbang kadang-kadang, sudah hilang versi lalang yang selalu aq turutkan. mak nasihatkan banyak benda yang dulu aq selalu dengarr tetapi aq tak pernah endah. sekarang aq rasa nasihat itu bernaung kembali dengan panjat doa oleh makayah agar masih kuat dengan dugaan yang akan mendatang.

sejuta kisah. satu-satu yang tersasar aq titipkan supaya landasan itu aq tak redah lagi, supaya yang semalam tak akan terukir lebih perit lagi. seagar kisah itu bagai angin yang sudah disedut dan tak boleh dihirup kembali. langkah yang masih bertatih agak kekok di hadapan banyak orang.

"bolehkah saya melengkapkan awak dengan seadanya saya?"