Total Pageviews

Thursday 29 November 2012

awak.saya.DAN.kita

assalamualaikum *heart beat dup dap dup dap*

kalau orang tanya pasal 'awak'
saya jadi kaku, segan, dan bisu
sebab.. saya tahu jarak antara kita
yang membezakan kita :)
seiring senyuman awak bila kita bersua
awak pamerkan satu senyuman yang biasa,
tapi saya jarang lihat..
kerana saya yang meminta diletakkan syarat
agar khitbah kita terjaga, batasan kita ada penghadangnya
kadang-kadang saya selesa dengar awak memberi pendapat
dan kadang-kadang saya membangkang, awak nasihat berhemah

kalau orang tanya nilai 'awak' pada saya
saya akui air mata saya jatuh. saya sebak awak pilih saya
saya yang baru bertatih semula mencintai ALLAH
awak tolong mudahkan, nasihat dan selalu buat saya faham
kalau saya berbalah pendapat, awak diam
bagi saya ruang cakap perkara yang saya pegang
kalau salah, awak tegur.
berhemah.
saya terharu

kalau orang tanya, cara saya mencintai 'awak'
saya senyum sendiri, saya letak tangan di hati
pejam mata dan saya teringat waktu kita di'khitbah'kan
awak menghormati saya sebagai muslimah :)
meminta pada yang hak saya. wali saya
saya mencintai awak sebagai bakal imam saya, nakhoda rumah tangga kita
InsyaALLAH 
saya doakan jodoh kita hingga JANNAH
awak pimpin saya baik-baik dan berhemah
saya ibarat budak yang selalu ingin awak sogokan ilmu agama
agar saya tak jatuh dalam dakapan fana' lagi

kalau orang tanya keistimewaan 'awak' dalam hidup saya
saya mampu tersenyum, khitbah ini memungkin banyak perkara
awak selalu mengingati perkara yang haq dan batil
saya turuti perlahan, dan.. ada masa saya tersasar
awak nasihat lagi, dan kesabaran awak itu membuatkan saya terkedu
awak terlalu istimewa dalam hidup saya
cara awak menghargai saya
membuatkan saya selesa menerima ikatan ini walaupun
masa yang saya punya untuk mengenai awak adalah terhad
restu yang memungkin semuanya
saya bersyukur.terharu

encik ustaz :)*prefer to your professional title*
terima kasih menjadi bakal imam saya sehingga hari ini
terima kasih kerana sudi ingin menjadikan saya orang terpenting dalam hidup awak
terima kasih untuk setiap satu impian yang awak titipkan
terima kasih untuk sebuah kepercayaan
saya berdoa agar awak menjadi anak lelaki yang baik untuk mak ayah saya, menjadi adik lelaki tunggal abang saya, dan menjadi abang untuk adik-adik sepupu saya...
dan..
terima kasih menjadi sahabat, abang, pakar motivasi, ustaz, dan tunang saya :) 

Friday 23 November 2012

# to-be 2 -reading

assalamualaikum..
bila bercakap pasal persediaan :)
aina lebih fokus pada persediaan mental, fizikal, rohaniah juga..
*subhanallah..dh tak sampai sebulan*
gementar dah tak boleyh nak cakap,sepanjang kami di'khitbah'kan
alhamdulillah :) banyak dugaan yang mematangkan
give and take.. seriously, en. tunang banyak give sebab aina masih kekok
selalu sangat cakap dengan dy yang aina takut nak ubah status
first step aina mula sebelum bertunang lagi
membaca buku untuk buka minda, dengan sedikit bacaan untuk pendedahan
in shaa ALLAH akan dipermudahkan oleh ALLAH

tapi bukan bermaksud yang aina tak prepared dari segi baju dan yang lain-lain
cumanya pendekatan ke arah menambah ilmu tu aina tekankan sikit
alhamdulillah.. en.tunang seorang yang suka membaca 
kalau aina tak faham apa-apa, direct tanya dy..
dy akan try explain sampai aina dapat faham
kami selalu argue untuk penambahan idea.
tapi..
kadang-kadang, aina akan search untuk lebih faham
tak pun..
rujuk orang yang lebih dewasa 
plus akan dapat lebih banyak tip :)

Thursday 15 November 2012

#to-be 1

gementar.itu perasaan biasa.mungkin juga tiada rasa
masa menaip entry ini, baru habis merangka untuk pulang ke kampung
menyelesaikan hal yang masih tergantung
dengan sedikit masa yang masih ada.
persiapan masih mengambil tempat.
satu persatu. dan alhamdulillah berjalan lancar.

persiapan dar segi mental dan rohani, serta lahirah juga.

Tuesday 6 November 2012

saya tak kira..nak jugak

bila ramai orang tanya, jadi aina decide nak bagi pandangan
since i got engaged, ramai orang tanya pasal isu 'nak tunang'
they seem excited at all..
suka kalau dapat bertunang dan get another step to be someone's wife
subhanallah.. keterujaan itu pernah terasa tapi..
biar aina terangkan sesuatu yang rasanya semua sedia maklum
'pertunangan itu ta'aruf'
perkenalan untuk mengenal bakal suami/ isteri dengan syariat.
bukan tempoh untuk keluar berdua-dua enjoy macam dah kahwin *bahasa kasar*
okeyh? deal?
tempoh untuk kita kenal latar belakang dy, kegemaran dy, family dy..
and a few simple things - apa yang dy tak suka, alergik, menyampah
dan paling penting..tao vision dy after get married...
kalau tanya aina tentang vision, aina pegang satu yang agak lama..
'jadi makmum yang menyenangkan hati imam'
okeyh..ini klise bukan? i'm want to be good wife to my imam :)
tapi sejujurnya.. bertunang bukan satu yang suka-suka, bukan macam perkataan 'i do love u'
en.tunang pernah cakap sebelum kami di'khitbah'kan
'ambil masa kenal ahli keluarga saya sebelum jadi sebahagian dari mereka. hidup saya'
masa kami mula-mula kenal, tak banyak tahu pasal en.tunang tapi..
advantagenya bila kami bertunang, family dy free to share story pasal dy
apa yang dy suka, apa yang dy tak suka, peragai dy, habit dy dan the word they damn love him
*skip dis part*

* serious part*
seorang kawan cakap dy nak bertunang dengan kekasihnya*okey proper guna kekasih dr bf kot* tapi kekasihnya takmao lagi, still nak bertangguh..
dy ada tanya, macam mana aina approach sampai boleyh bertunang..
since ramai orang yang tao kisahnya aina kenal en.tunang :) 
aina tak pernah approach en.tunang untuk buat keputusan sebab aina dengan dy never get serious relationship sampailah dy datang merisik kat rumah.. bila ayah dah setuju lepas en.tunang datang rumah baru aina move forward, serious dengan perhubungan dengan insan yang bernama lelaki.
sebenarnya aina ada tanya abang yang kahwin muda *alhamdulillah*
abang cakap 'tak proper untuk asyek mendesak lelaki, kadang-kadang lelaki perlukan masa sebelum ambik langkah besar untuk jaga seorang anak orang'
bagi pandangan aina pula, jangan terlalu mendesak sebab lelaki ada ego yang kita tak jangka..
somehow, kalau dah terlalu risau tahap hubungan kamu yang dh sampai tahap kritikal means xleyh nak control nafsu *ini direct*, silalah kahwin..
silalah kahwin untuk cegah kemungkaran ya ..
sebab.. urm.. *ini isu laen*
kesian ayah, saudara lelaki yang terpaksa tanggung dosa kamu keluar dengan bukan muhrim berdua-duaan, kesian kan? kalau sayang ayah, jaga diri :)

pertunangan bukan suka-suka, jaga dengan syariat.. pertunangan itu tanggungjawab :) jaga agama okeyh

Friday 2 November 2012

terfikir sekadar biasa

masa berlalu semakin cepat
rasa seperti tidak sempat menyempurnakan banyak perkara
meletakkan masa dan catuan waktu yang kurang
tesis yang masih dalam perancangan
laporan praktikal yang belum bermula
kertas dan buku log praktikal yang kelihatan tidak sempurna.


mengisi waktu dengan bacaan buku motivasi, agama, dan mencapai kata-kata nasihat
mengenggam kuat niat yang tersimpan dengan kocakan waktu yang kurang
'menjadi anak yang solehah sebelum meninggalkan zaman bujang'
hanya tinggal kurang dari 50 hari, kami menghitung hari
sejajar waktu yang ada, masih mentelah diri sendiri
bermula dengan menjaga aurat dan berharap ini terus istiqamah
masih cuba dan cuba, berharap agar ayah dan abang tak perlu menanggung beban dosa diri 
melangkah dengan perlahan, dengan nasihat yang belum putus.
meletakkan sedikit harapan agar...
'menjadi yang solehah'