Total Pageviews

Saturday 5 October 2013

abbi khalifah :)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. kehidupan sekarang adalah sangat tenang..
Sangat tenang dengan hadiah terindah daripada ALLAH
SubhanALLAH..Alhamdulillah :)

my adorable. my heart.my imam. my soulmate
alhamdulillah, pernikahan ini dikurniakan rezeki 
menunggu khalifah yang akan menyempurnakan keluarga Zulhazmi dan Aina


*otak blank*


zauj :)
ya encik zauj penguat semangat
masa tahu mengandung khalifah waktu tu masih kat kampus
memang tak tahan dengan morning sickness yang teruk
makan tak lalu
kadang-kadang makan pun nangis kat kampus sebab perit sangat nak telan
bila ingatkan anak, gagah jugak makan
mungkin aina dalam kalangan beruntung rasa peritnya mengandung
sampai enam bulan morning sickness
muntah dari kuning ke hijau sampai darah berketul-ketul, warna hitam pun ada
dah memang tak kuat sangat nak settlekan belajar, minta kat zauj nak tangguh satu semester
tapi zauj tak izinkan, dy suruh habeskan jugak study sampaikan dy off untuk teman aina kat Selangor
tengok dy tekun settlekan assignment yang aina tak mampu buat
dy carikan maklumat, buat folder kat lappy, dy cerita info yang dy dapat, dy draf..tinggal aina karang ja assignment tu tapi rasa memang tak leyh gagah jugak..
zauj tetap bagi semangat, suruh buat assignment slow-slow dan settlekan tesis
sampai ke universiti zauj temankan, masuk fakulti zauj kat sebelah
aina terpaksa ambik cuti dari pergi kelas, cuma pergi settlekan presentation ja
agak la, kerja zauj dah mula banyak.. jadi zauj ajak balik Kedah dan stay dengan dy sekejap
mula-mula balik rumah, memang tak boleh hadap bau rumah
muntah tak kira masa, makan janganlah kata..langsung tak boleh
zauj bacakan doa kat air dan bagi minum..alhamdulillah okeys sikit waktu tu
dy bawa jalan petang-petang waktu dy habis kerja
alhamdulillah..sekarang dah okay dari morning sickness


pengalaman yang kadang-kadang buat kita bersyukur apa yang kita ada hari ini
kalau dulu asyek mengeluh tak mau buat sesuatu hal tapi sekarang dah bertanggungjawab
mesti buat walaupun malas nak buat termasuklah tanggungjawab pada diri sendiri
memang sepanjang mengandung zauj banyak bagi semangat
kadang-kadang muntah tak dapat tahan, dalam kereta jugak muntah
dengan muntah, air mata turun..SubhanALLAH sakitnya
nak balik kampung pun kadang-kadang rasa memang perit sebab dua tiga kali berhenti untuk muntah
memang spare banyak botol air masak dalam kereta
minyak angin,balm, losyen mustajab semua ada
walaupun naik kereta tak sampai 15minit, dah start loya dan tahan muntah
zauj bacakan doa, hembus kat ubun2 dan suruh tidur
jadi sepanjang mengandung memang jarang sangat nak contact orang sebab memang diri tak mampu
kalau tak larat memang kerjanya lena ja
beberapa kali zauj balik rumah dalam sehari nak pastikan aina okay
pukul 9pagi, 11pagi,1tengahari,3ptg, dan 5ptg
chck lima minit, dy pi kerja balik..
kalau pucat sangat dy bg minum air dan sapu ubat dan suruh tidur
memang peritnya tengok zauj time tu
dengan diri tak mampu nak settlekan keperluan dy tapi dy tak mengeluh
dy still senyum, usap ubun-ubun dan bagi kata-kata semangat
dy buat sendiri banyak perkara sampai kadang-kadang aina dah rasa menyusahkan dy
inshaALLAH abbi khalifah :)


terima kasih encik zauj :D
selalu ada dengan aina dan selalu bagi semangat untuk aina
awak buat saya rasa sempurna, buat saya rasa selesa dan disayangi


*Semoga ALLAH mengekalkan kebahagiaan kepada kita..ameen*