Total Pageviews

Monday 29 October 2012

...sebelum aku bernikah


petang yang sedikit rasa sayu. diam dan amat pendek
mungkin kerana batasan dua bulan lama kami tidak bersua muka
kami bertemu dengan keizinan keluarga, di hadapan keluarga aina
atau juga tarikh yang ditetapkan hampir tiba
kami seakan gagap, gugup, dan pandangan mata bertaut tanpa segaja. 
terus aina tundukkan wajah, risau ditelah lama. en.hati tersenyum
buat pertama kali, ada sedikit keberanian untuk berbicara
kami. aina dan en.hati. bukan berdua sewaktu berbicara.
dikelilingi dua bapa saudara dan ayah emak yang memerhati
adik sepupu berdiri dekat di belakang aina
memberi kami sedikit ruang berbicara.
hanya persiapan yang menjadi topik kami. dua tiga patah.
dan selesai dengan persetujuan en.hati

ada sesuatu yang jadi luar biasa~~

en.hati hadiahkan buku..
untuk kali ini, isi penulisan seakan rasa terkena diri
cara pergaulan yang dibenarkan oleh Islam
sebaris tersusun rapi, dengan bacaan ringan.
buku ini selesai dihadam kurang dari tempoh 24 jam

~terima kasih en.hati atas sebuah kesabaran~

Wednesday 24 October 2012

.bermuhasabahlah, aina.. al-haya' itu garis an-nisa

petang yang bakal menginjak ke maghrib..
hari yang seakan mendung, mengasak langit agar kelam
titis hujan mula menitik perlahan di atas tudung
guruh berdentum, namun perlahan sahaja
kaki memijak air yang terkandung di dada lopak
terpercik ke sandal yang tersarung di kaki
hembusan berat..
hujan kerap di sini,
hampir setiap petang basah dalam hujan sewaktu pulang bekerja
meredah hujan dengan kesyukuran, masih mampu bernafas dengan tenang



subhanallah#
'istiqamah, ainatul syahirah ashaari"
tudung yang siap dipasang pin dibetulkan, ditarik hujung sebelah kiri ke bahu kanan. pin perlahan ke bahu kanan.
hela nafas berat dan terasa kolam mata berair
"kenapa dengan diri ini, kerap tersentuh dengan diri sendiri"
~kalau aina sayang ayah, jaga diri seperti firman ALLAH~
pin dibuka perlahan, betulkan tudung. tak jadi selempang.
meraup muka perlahan, masih terasa hangatnya tubuh selepas waktu subuh
"saya nak jadi macam Fatimah kesayangan Rasulullah"
entah kenapa bait itu terngiang-ngiang di  telinga,
seakan ditaip kemas pada siling dan lantai yang kosong itu
bersiap ke tempat praktikal dengan azam yang kuat, semoga dikuatkan oleh ALLAH
'tutuplah pandangan insan yang bergelar lelaki pada diri, agar aq menjadi an-nisa yang hanya buat ar-rijal yang halal'
alhamdulillah..dengan masa yang sudah bertempoh dua bulan di sini, dalam jagaan ALLAH
tiada gurau senda dengan insan yang bergelar lelaki itu..




dengan sedikit pesanan dan dorongan, agar dipermudahkan ALLAH agar diri terus beristiqamah
banyak membaca dan mengambil tahu sebenarnya menyesakkan dada apabila mengetahui status diri dengan ALLAH, menelan liur yang semakin rasa pahit dan kelat dengan rasa ketakutan
seakan jemari sediri bergetar apabila firman-firman yang terjelas pernah dilanggar
~letakkan rasa ketakutan pada ALLAH, agar diri tak tersasar dari landasan~
~setiap manusia melakukan kesilapan, khilafan dan jahil.. berusaha untuk berubah itu yang terindah~

Monday 22 October 2012

apa ada pada sebuah ungkapan?

subhanallah.. sampai hari ini, saat bunyi jam berdetik
masih belum percaya yang diri sudah diikat seorang insan untuk menjadi isteri buat dirinya
seakan masih dalam mimpi panjang yang belum terjaga
kisah ini. satu rahmat. tanda sayang ALLAH buat diri.
kehadirannya yang tiba-tiba dan mengikat diri dengan indah
seusia aina, ini kali pertama. rasanya indah dalam sebuah ikatan yang direstui.
kerapkali bibir mengucap syukur dengan anugerah ini
#semoga anugerah ini tidak melalaikan

*rewind

"dy minta nak jumpa ayah, rabu ni" kisahnya april 2012.. balik untuk mid-sem
"cuba cakap dengan ayah" mak pandang muka sambil senyum
"takut" tangan rasa menggiggil waktu tu, pegang gelas pun rasa licin
"ayah bagi?" soal aina lagi, ini kali pertama berani cakap pasal lelaki depan mak ayah
"mak tak tao, cuba tanya sendiri" mak bangun.

*stop

siyesly, sebagai anak bongsu yang sangat rapat dengan mak ayah..
ada sebak sewaktu melafazkan bicara tentang kehadirannya untuk berkenalan dengan mak ayah.
selesai cakap dengan mak ayah, masuk bilik dan lafaz syukur dan ada air mata yang menitis
sujud syukur kerana dipermudahkan untuk pertemuan pertama itu.

# always been asked
tak keluar sama-sama dengan tunang bincang pasal majlis?
*senyum* dy kata takkan menghalalkan yang masih haram
pilih cincin tunang macam mana kalau tak pergi sama-sama?
*senyum* mak tunang pilih selepas bagi saiz jari
macam mana kalau nak jumpa dengan tunang?
*muka biasa* mak ayah suruh tunang mai rumah, jumpa depan depa


~jangan halalkan adat yang kekal hukumnya haram~
memang betul.. i'm narrow thinker about relationship

Thursday 18 October 2012

permudahkan dugaan kami, ya ALLAH

#is counting to big day

subhanallah..rasanya waktu cepat berdetik, masa cepat berlalu
dan jarum jam seakan cepat bergerak..
dan.. ya ALLAH, derap kaki bakal melangkah ke dunia baru..
*letak tangan di hati dan pejam mata*
menjejak ke detik-detik ini, dugaannya adalah ADAT biasa..

#permudahkan urusan kami#

Friday 12 October 2012

dirisik dia

'saya tak dirisik kan?' ini soalan aina pada en.hati..
katanya, 'saya risik awak sendiri.'

~tersegar dalam ingatan~
kisahnya bulan april 2012
petang rabu.suasana susah nak gambarkan,tangan sendiri rasa berpeluh
pegang gajet putih itu tanpa letak merata-rata.
rumah itu mula dipenuhi keluarga.
beberapa persiapan dibuat, hanya satu pertemuan yang biasa.
iya, tanpa perancangan. dia akan menjejak kaki ke rumah ini
gentarnya terjelas di wajah.risau terhadap penerimaan diri.
pukul 3.30 petang, kali ini..setelah hanya berhubung di telefon..akan bersua muka
buat pertama kali.
~pejam mata~

di risik sendiri oleh en.hati adalah perkara diluar minda fikiran
iya itu pertemuan biasa sahaja, namun dia membawa hajat :)
*alhamdulillah*
kalau orang lain dirisik dengan sebentuk cincin namun
en.hati merisik aina dengan sesuatu yang berbeza 
dua buah buku motivasi yang masih dalam simpanan
selesai bacaan setelah seminggu pertemuan itu berlangsung


risikan itu bukannya meletakkan tanda?
'risikan itu ingin mengetahui sudah berpunya atau tidak'
dan risikan ini diterima keluarga sebelum khitbah berlangsung :)
dan sujud syukur dilewat petang selepas pertemuan pertama 

buku yang diserahkan melalui adik sepupu itu banyak info yang boleh digunakan
cara untuk berkomunikasi secara berkesan antara lelaki dan wanita
dengan sedikit penjanaan idea yang ada..
alhamdulillah, buku ini banyak membantu komunikasi kami
~doakan yang terbaik buat ikatan ini..ameen~

#letak lagu favourite en.zulhazmi abdul kadir#

Wednesday 10 October 2012

selepas 50 hari

alhamdulillah *mata pejam*

sedar tak sedar, tempoh khitbah antara kami telah mencecah ke bulan kedua..
dengan jarak yang memisahkan :) sini tercatat sejuta kisah bahagia
jarak ini menjaga hubungan antara kami.
suara di hujung talian..alhamdulillah masih menitipkan doa agar hubungan ini diberkati.
iringan doa dari keluarga, menyiapkan perkara yang perlu.
mencatat perkara yang penting, kadang-kadang ada yang rasa tak sempurna.
persiapan yang masih dalam perancangan.
dua tiga perkara yang boleh ditanda dengan pen biru dan ada yang masih KIV
sedikit yang menguji selepas ikatan khitbah berlangsung, en.hati mengalami demam campak
risau tak aina? soalan itu seakan terpinga bila seorang bertanya tentang keadaan tunang
dengan jauh di mata, hanya sesuatu mampu dilakukan,
Bermohon pada ILAHI agar bakal kekasih halal dapat menjalankan amanahnya dengan senang dan cepat sembuh..

selang beberapa minggu, aina mula tak selesa dengan diri. jatuh sakit kali ini
demam yang masih bernada di badan.
titipan doa dari keluarga dan en.tunang agar diri cepat sembuh *menangis*
banyak songeh dan banyak merap*okayh..sangat banyak*
dengan masa yang sedikit pack, en.tunang cuba nak bagi phonecall walaupun kerja yang sangat banyak..
*mungkin menguji kesabaran en.tunang*
dy masih boleh buat lawak even dy sangat penat
still trying make me fell better even he really tired.damn tired.
suara mak mencecah di talian empat lima kali sehari, anak bongsu minta perhatian lebih
*move to another story*

# iwish everything will be fine and okay with another two months#

Thursday 4 October 2012

~saya takut.risau.dan menangis~

derap langkah perlahan.
entah kenapa. hati rasa tidak selesa.
air mata yang keluar diseka bersahaja.
tidak berhenti dan entah keberapa kali tertidur dan sambung menangis.
rasa ada yang membuatkan hati rasa tersentuh.diam
dan takut. serta risau. menangis.
disusur rasa yang tak pernah menyentak perasaan sebelum ini.
hilang dalam dunia sendiri yang kelam.
senyap.

kegembiraan wajah yang terselit rasa ketakutan.
jadi. hanya pilih untuk diam.
mungkin rasanya sedikit kecewa yang memamah rasa.
aq tunduk lama..
namun  senyum yang mampu diukir
kemas.secebis rasa
lemah.