Total Pageviews

Wednesday 9 July 2014

salam ya Ramadhan

Salam ya Ramadhan..

Ramadhan keluarga Ashaari & Ramblah
Dulu Ramadhan berempat (mak, ayah, abang , aina)
Ramadhan berlima (kak ipar),
Ramadhan berenam (kak ipar dan zauj)

kemudian,

Ramadhan keluarga Ezzahra
Ramadhan berdua,
Ramadhan kali ini bertiga (aina, zauj,ezzahra)
Alhamdulillah.. nikmat apa lagi yang harus dipersoal?

Masa berlalu begitu cepat, bujang, kahwin dan ada anak.. wonderful
Dari buat keputusan tanya pandangan mak ayah,
sekarang buat keputusan dengan zauj,
Dari sahur, mak ayah hidangkan, mak ayah buat keputusan menu berbuka puasa
Sekarang kena duduk, decide dengan zauj menu bersahur dan berbuka
Dari Solat terawih berjemaah di surau kampung ke Dewan Universiti
Sekarang berjemaah Solat Terawih dengan zauj

Banyak yang berubah

Salam ya Ramadhan

aina harap aina bukan aina yang dulu
masih menahan lapar, dan dahaga sahaja
aina harap aina mampu menahan lebih banyak perkara
menahan lapar, dahaga, amarah, mulut, telinga, dan mata
subhanaALLAH
terima kasih atas nikmat Ramadhan

Cerita raya meniti di bibir juga
Iya, aina insan biasa
agak teruja untuk baju Ezzahra
agak teruja untuk baju zauj
dan agak teruja kami inshaALLAH akan pakai baju yang kami design sendiri


Salam ya Ramadhan

No comments: