Total Pageviews

Wednesday 19 March 2014

1% about my zauj

alhamdulillah :D masih bernafas hari ini

aina tengah godek-godek laptop, dan zauj tengah main dengan irdhina..
bonding time lepas zauj tukar department adalah sangat terhad, mungkin dalam bbrapa jam dpat sembang dengan zauj dan dia akan terlelap *how da time flies too fast*
aina tunjuk gambar time belajar pada zauj, sangat naif aina waktu degree
too naive :( , zauj hanya senyum sambil bergurau dengan irdhina

"abbi rindu zaman U?"
"rindu," zauj jawab sepatah, matanya tertacap wajah Irdhina
"aina pun, taktau bila dapat sambung balik" senyum
"zaman U zaman paling membina sahsiah," zauj masih senyum
"maksudnya?" aina masih sibuk perhati laptop
"susah.. tapi alhamdulillah" zauj pandang aina, dy senyum.
"training palapes?"aina tanya zauj
"abbi masuk palapes sebab minat, dan makan free" zauj gelak kali ni, tapi matanya bergenang

Zauj selalu cakap, "kalau kita sedar kita susah, inshaALLAH kita akan belajar menghargai dan tidak meminta-minta"

zauj duduk dan bercerita :
" waktu universiti memang waktu susah, sebab tu tanam azam nak belajar elok-elok dan dapat kerja yang bagus untuk hidup lebih senang, senang bukan erti kata apa nak semua dapat beli, dapat ambik.. sekurang-kurangnya makan ada bila cukup waktu, ada duet poket sikit untuk belanja keperluan dan ada duet untuk emergency. duet PTPTN dengan duet elaun latihan palepas ja yang ada kalau terdesak waktu tu, bulan-bulan kak abang tolong.. tapi segan nak mintak.. depa kerja siang malam dan kita minta untuk beli benda bukan keperluan dan makan sedap memang tak kena."

*terkedu

mata zauj bergenang lagi, jadi aina rasa sebab apa zauj suka cakap faham erti "susah", mungkin susah dia tak macam orang lain dan senang dia tak macam orang lain. Tapi setiap kali sebut susah, zauj mesti akan bergenang air mata. mungkin zauj teringat kisah dulu yang menjadikan dia sekarang

*alhamdulillah*
*first month being zauj-zaujah*

No comments: