Total Pageviews

Wednesday 12 March 2014

Birth Story of Ezzahra :D

Dah lama sangat tak buat entry :D *palmface*
Baru sempat nak update secara details (entry panjang)


Cukup setahun dan empat hari pernikahan aina dan zauj, lahirlah seorang 'amanah' daripada ALLAH kepada kami ~ zul+aina = ezzahra~.. Alhamdulillah.. dan makin besar tanggungjawab

Sebenarnya kalau ikut estimate due date (EDD) pada 6/01/14 (hoho..bby taun baru), tetapi atas beberapa komplikasi, doc suggest lahirkan irdhina awal (mostly masa mengandung, we call her 'khalifah').. 

19/12/2013(Khamis)

Cuma jumpa pakar untuk hentikan ubat asmtha, dan tergerak hati nak tengok baby jadi minta doc scan..Kena tunggu q sebab ada patient lain yang dah memang booking tarikh, zauj dah balik pejabat memandangkan lama nak tunggu dan dy ada meeting.. Lastly dapat scan, msg zauj dan kebetulan zauj dah ondaway balik ke hospital untuk pick-up dan teman aina lepas dy selesai meeting.. Elok scan, doc buat muka pelik dan mula tanya macam-macam dan masa tu jugak zauj sampai dan dy tengok skrin sambil doc xplain pasal khalifah.. Memula doc bg positive review then dy ckap, "air ketuban dah kurang ni, kurang banyak". On dat time memang rasa dah speechless, dengan muka pucat sangat.. Risaukan khlifah kat dalam, macam mana dy nk trus survive kalau air ketuban dah kurang?? Then zauj tanya doc apa penyelesaiannya.. Doc ckap balik dlu datang pulak 23/12 untuk chck air ketuban balik.. Sejak balik hospital tu memang buat kerja semua tak kena, asyik bilang anak gerak macam tak cukup, ditambah pulak anak makin slow gerak *nangis* .. As a husband, zauj always look calm and relax.. Bila banyak2 cakap dy akan cakap, "ALLAH tentukan yang terbaik untuk kita dan khalifah"

23/12/2013(Isnin)

Dupdap2 tunggu untuk scan dan haritu zauj ambik cuti memandangkan aina tahu aina tak kuat nak dengar anything pasal khalifah, tambah2 dah sarat sangat time tu..Mood pun xberapa cantik jugak, asyek pk mcm mna khalifah.. Doc scan dan dy decide masuk hospital esoknya memandangkan air ketuban drop lagi, dan dy ckap air ketuban drop normal bila nak masuk 38w sebab bby dah ready nak keluar, jadi fungsinya semakin berkurangan dan doc suggest induce.. Terus setuju dan minta doc buat surat, cuma pk nak tengok khalifah depan mata je.. Kalau sakit sebab induce tu lain ceritanya walaupun taktau sakit induce tu macam mana *tetapi bila dengaq induce pun rasa seram* Malam tu jugak pickup mak ayah kat kampung.Honestly memang niat nak bersalin kat kampung tapi yakin ada hikmahNya ALLAH tentukan bersalin di Kulim

24/12/2013 (Selasa)

8pagi dah tercongot di Hospital Kulim, minta maaf kat mak ayah dan zauj jugak.. Ada call makmertua suruh dy doakan.. Masuk wad dalam keadaan aina tak sakit dan patient lain sakit agak stress memandangkan taktau bila nak sakit.. agak seriau dengar macam2 bunyi di wad tu. Lepas register, zauj kena masuk pejabat balik sebab meeting dan mengajar. Aina okay ja masa dy tinggalkan memandangkan pukul 12-2 adalah waktu melawat, confirm zauj akan jenguk balik.. Lepas zauj balik, nurse mulalah operasi, baca surat yang doc kepil lepastu amek darah dan hantar lab. Terus pasang tiub untuk bagi rasa sakit dan bt CTG xbhenti-henti*i hate dis part so much*. Pukul 3petang baru doc start procedure induce, alahai..ingat tak sakit kot.. siap msg zauj macam setaun xjumpa *annoying* , dan pukul 4petang baru sruh zauj melawat memandangkan aina tak sakit pun dan zauj banyak komitmen.. Pukul 5.30petang baru zauj,ayah mak n sepupu sampai.. Langsung tak rasa sakit, memang aina ni hardcore ke apa? Patient yang sama bt induce procedure kat depan katil aina duk mengerang sikit2 dah.. Dy lalu mesti tanya sakit x lg, dalam hati mula pk "bila la aku nak sakit ni". Bila malam rasa macam biasa dan rasa ckit2 cntraction, aina ingat sakit biasa..pjuk2 khalifah sruh rileks.. Kak kat katil sebelah tanya, "Dah sakit ke dik?" Aina geleng je.. tengok dy duk tahan sakit dengan dahi berkerut, "Kak sakit dah ni, td doc masukkan ubat kat tangan ni" Muka dy time tu memang dah xsenyum, merah menyala tahan sakit. Aina try tido balik memandangkan baru pukul 3.30pagi.. Pukul 5pagi nurse start bt CTG balik dan chck BP.. Dy cakap aina baru ada mild contraction, lambat lagi katanya..


25/12/2013 (Khamis - zauj cuti)

Pukul 6.30pagi nurse panggil untuk bt sekali lg induce procedure.. Baring kat katil dan terlelap lepas setel solat , dah terjaga tengok pukul 9 pagi.. Pukul 10.15 pagi zauj dah datang balik sebab aina request nak coklat nips dan roti butterscotch *tetiba pulak teringin nak makan*, kakak katil sebelah dah masuk Labour Room(LR) pukul 8.30pagi time sarapan. Pukul 10.30pagi, aina turun darah.. inform nurse, nurse cakap lambat lagi.. Jadi rileks lagi tapi memang rasa sakit sangat waktu tu, dah mula menangis dah.. Asyek cakap kat zauj nak call mak, sakit sangat.. Bila call mak, mak kata "tak lama lagi dah nak bersalin tu, sat ja sakit turun darah".. Sakit sangat time tu, nampak zauj jd 2 3 org..panik ckit bila nurse suruh zauj balik.. Start turun darah, aina kerap g toilet.. Nurse asyek usha rapat je, dy suh ke depan nak chck jalan, aina refuse..Banyak kali dy marah, tapi aina still buat donno *ketegaqnya*. Pukul 1.30 tghhri zauj,mak ayah n seppu jenguk aina *seriusly waktu tu sakit sangat* , air mata dah meleleh banyak sangt..Patient yang berhadapan katil aina semua bagi semangat, katanya jalan nak buka memang sakit memandangkan baby dah engage.. Dah rasa tak mau makan waktu tu, semua tak mau.. Zauj baca doa, sruh mnum air.. rasa kurang sikit.. Mak sruh makan jugak takut nanti bersalin tak ada tenaga.. Zauj suap dalm 4 suap dah xmao.. Bila dy lembut, bini dy kemain banyak hal..Dy jegil mata, boleyh pulak makan tapi tu pun dy suap.. Asyek trun katil p toilet, rasa macam nak dduk dalam toilet je.. Pukul 3.30petang, nurse panggil untuk induce procedure lagi..Dengan air mata berlinang, minta nak balik.. Memang cari kes la kena mrah sebab dah turun drah..Kali ni aina refuse tak mau induce procedure n tak mao chck jln..Nurse pujuk jugak..Lastly serah diri doc chck. Doc trus sruh nurse tolak g LR dan nurse teman aina kemas barang nak bwa msuk LR..Pegang baju bby time tu rasa xcted sangat terlupa yang tengah sakit. Aina msuk LR dalm pukul 4.15 sebab nurse suruh makan untuk tambah tenaga, gagahkan diri minum secawan milo dan 2keping roti. Terus call zauj bagitao dah nak masuk LR. Pukul 4.50 petang dah ada dalam LR, nurse mula amek peranan.. Dah dalam LR pn asyek muntah, nurse bagi Air Bunga Siti Fatimah tapi dah tak larat nak minum, itu pun aina yang request nak air tu dari kg..abang drive kemain laju sebab mak call bagitao aina dah masuk LR. tapi aina dah tak larat nak minum air tu.. Doa Nabi Yunus memang nurse pesan baca, seingat aina pukul 5petang nurse panggil zauj suruh masuk LR. Dengan kekuatan yang tak berapa ada, tengok zauj yang tengah pegang tangan, bagi semangat dan bacakan doa.. Pukul 5.08petang, khalifah kami lahir *Alhamdulillah* terlupa semua sakit bila tengok dy menangis. Nurse bagi bonding time khalifah dan ummi-abbi. Lepas zauj azan+iqamat, nurse ambik baby untuk mandikan.. Nurse bagi skin-to-skin dengan aina agak lama tetapi baby takmao buka mata. Pukul 7petang baru keluar dari LR sebab katil penuh.

2 jam lepas lahir :D

Alhamdulillah hari ni Nur Irdhina Ezzahra dah dua bulan 17 hari, kerenahnya tak banyak dan dy lincah :D
Anugerah terindah ALLAH dan amanah ini inshaALLAH akan kami didik dengan Islam dan dibajai dengan kasih sayang serta cinta akan Rasulullah :)

Both of u complete me :D love u