Total Pageviews

Monday 27 January 2014

Alhamdulillah anugerah Ilahi

Alhamdulillah syukur..Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, aina dan zauj dianugerahkan seorang mujahadah pada 25 Disember 2013(Rabu) jam 5.08ptg.. Satu perasaan yang sukar digambarkan saat menatap sepasang anak mata si kecil yang masih belum dipotong tali pusat.. SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH.. terlalu sukar untuk menggambarkan perasaan apabila menatap khalifah kecil yang berada dalam tangisan saat itu..Lafaz syukur meniti di bibir setiap insan yang menunggu di luar Dewan Bersalin, dan deraian air mata kesyukuran menyambut amanah ALLAH.. SubhanALLAH :)


Saat mengandung mujahadah yang diberi nama Nur Irdhina Ezzahra Binti Zulhazmi seakan satu-satu khafarah dosa rasa terlunas,  mempunyai Irdhina sebagai amanah ALLAH dari sejak kelahirannya terasa begitu cepat hilang semua sakit sewaktu mengandungkannya. Tanpa banyak karenah, Alhamdulillah Irdhina tidak banyak rengeknya, ragamnya, dan mudah diuruskan. Walaupun aina dan zauj masih bertatih satu -satu perkara menguruskan Irdhina, Irdhina hanyak meregek apabila lambat diberi susu dan ditukar pamper. Paling bermakna apabila jam loceng bukan lagi keperluan untuk bangun pagi selepas menjadi ummi-abbi.