Total Pageviews

Monday 25 August 2014

talkin semalam

matanya, bergenang.. 
kolam mata penuh berair 
namun belum tertumpah
dia senyum dalam pahit
nadanya seakan serak bersuara
menahan sebak kehilangan
insan yang seiring 
melihat dia belajar bertatih
sentiasa ada saat dia putus asa

kehilangan

aku duduk memerhati sekeliling
rona suram yang seakan bening
tiada bait mesra geledak ketawa
seakan padam masa hari itu


kucupan terakhir singgah di wajah sejuk
sudah sekujur berbalut putih
tiada lagi senyuman dibibir biru itu
air mata menyapa kembali di wajah suram



***


sejak dua tiga bulan ni, aina dan zauj  menerima berita kematian insan-insan yang melihat kami belajar berdiri, bertatih dan menggapai tangan mereka untuk melangkah seiringan. Jujurnya berita kematian tidak dapat kita elakkan dalam harian kita, sering didengar dan sering dikhabarkan.

talkin.

zauj mesti akan bawa aina menjejak kaki di tanah bertanda nisan semasa jenazah di turunkan di liang lahad. Melihat jenazah diturunkan ke liang lahad, sehingga tanah habis di ratakan.

talkin.

nadanya seakan menjerat rasa, mengherdik dosa sendiri, menelan liur pahit, secebis langkah semalam seperti wayang di hadapan mata.

talkin semalam.


No comments: