Total Pageviews

Thursday 9 October 2014

Happy Parenting, YEY!!



Happy Parenting!!


Banyakkan membaca masa mengandung, bukan membaca sorang-sorang.. Membacalah bersama suami sekurang-kurangnya suami tak terpinga-pinga lepas ada baby dan dia boleh redakan keadaan yang sangat serabut lepas bersalin. Kadang-kadang kita fikir, 'okay, aq jadi mak, jadi aq kena banyak info'. Sebenarnya lepas bersalin emosi seorang wanita taklah sangat stabil mcam time dia baru-baru tunang tu. Emosinya sangatlah kacau-bilau bila fikir pasal susu, epi, pantang, pening, sakit and so on.

Tarik nafas panjang dan lepas!

Macam aina dan zauj dulu, kami taklah rajin sangat nak membaca even nak spend quality time pun sangat terhad sebab zauj komitmen kerja dan aina komitmen study. Kadang-kadang cari waktu membaca, ada bahan yang menarik kami baca walaupun secara berasingan. Hujung minggu kami jumpa akan kongsi ilmu baru. Free to share kalau camni boleh, camtu boleh. Contohnya, sapa cakap kalau suami membaca pasal teknik bersalin geli, hey yo.. tak pun sekurang-kurangnnya masa kita tengah berjuang nak bersalin dia kan tolong handle situasi panik tu. Seingat aina masa aina pi check up baby, zauj tak ada masa teman untuk setiap kali check up tapi setiap kali balik check up aina akan cerita semua alat yang doc guna masa check aina dan baby. Lepastu balik rumah google dan tunjuk kat zauj dan potpet2 sampai dia cakap dah dapat faham. Kadang-kadang suh dy explain balik. Cekadaknya.


Cari alternatif bersabar. Ada orang membebel sebab morning sickness teruk, tak leh bau tu, tak leh bau ni dan macam-macam. Sebenarnya time mengandunglah banyak didik diri kita sabar, aina mengandung since 6 minggu sampai settle jahit epi baru settle muntah,alahan dan juga pening kepala. Emosi sangatlah tak stabil masa mengandung, kalau zauj cakap salah sikit mulalah merajuk sedepa, pastu jadi ratu air mata. Seingat aina masa aina mengandung 16minggu tu asyik menangis ja, lepastu movement baby tak cantik, lagi nangis. Jumpa doc dan dia pesan kalau ibu lemah emosi, baby pun lemah emosi. Start dari situ dah kurang jadi ratu leleh, zauj selalu cakap kalau aina asyik nangis nanti anak pun kuat nangis dan dia lagi pening nak handle. Bersabarlah kena morning sickness itu tandanya baby membesar dengan sihat dalam rahim. Bersabar, kalau orang lain tak morning sickness lepastu boleh bajet makan macam-macam, mesti ada hikmahNya. Nanti baby lahir lagilah banyak ragam sampai tak tidur ibu ayahnya.

Makan bukan ikut mengidam. Normal orang cakap perempuan mengandung mengindam instead boleh ja makan apa sahaja waktu mengandung. Kalau sayang diri, time mengidam makanlah merasa bukan tambah dua tiga kali ganda. Alhamdulillah aina mengandung tak kena darah tinggi or kencing manis, pernah kena Daily BP tu pun dah susah hati sangat. Mengandung bukan bonus kita boleh makan semuanya, kena control juga supaya baby sihat dan ibunya sihat.Tapi siyesly mengidam ni feel dia lain sangat, kalau tak dapat boleh mau menangis dalam tidur dan mengigau-ngigau Aina pernah mengindam Durian Crepe, sampai berminggu-minggu dan time tu bukan musim durian. lastly sampai mengigau, setelah lama punya mengidam zauj beli walaupun harga agak melonjak time tu. Makan seketul dan hilang mengidam, lain zauj habiskan.






Multivitamin masa mengandung. Multivitamin yang paling baik masa mengandung adalah makanan sunnah macam kurma, kismis, delima,madu, habatussauda dan lain-lain. Masa mula-mula mengandung aina amek multitamin Shaklee VitaLea untuk maintain hb lepastu dah tak makan dah sebab rasanya memang tekak tak suka. Zauj belikan satu Set Mengandung Shaklee untuk 1st trimester. Klinik Kesihatan (KK) akan supply multivitamin eg folidacid, iron tablet, vitamin C.. Cara makannya adalah dua jam sebelum atau dua jam selepas makan, makan multivitamin dengan air oren suam (homemade) atau air ribena supaya ubat tu dapat dissolve dengan baik.





rasanya buat masa aekarang ini je idea dapat kongsi, might be nnti ada sambungnnya.. stay tuned and enjoy your pregnancy :)


No comments: